Malaysia Oversight

Samsung Galaxy Watch8 Dan Watch8 Classic Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi

By Amanz in July 8, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Galaxy Watch8 Dan Watch8 Classic Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi


Jam
/
Samsung

Samsung Galaxy Watch8 Dan Watch8 Classic Tertiris Sebelum Pelancaran Rasmi

July 8, 2025

Amy Maizuraa

Menjelang acara Galaxy Unpacked pada hari Rabu, beberapa imej promosi rasmi bagi Samsung Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch8 Classic telah tertiris lebih awal. Kedua-dua jam tangan pintar ini dijangka dilancarkan bersama peranti lain seperti Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7.

Galaxy Watch8 series 1.jpg

Berdasarkan imej tertiris, kedua-dua model baharu ini memperlihatkan perubahan reka bentuk ketara, termasuk penggunaan kerangka berbentuk bulat dan segi empat. Reka bentuk baharu ini mengingatkan kami kepada elemen yang pernah diperkenalkan pada Galaxy Watch Ultra. Walaupun bentuk kerangka diubah, skrin paparan bagi kedua-dua jam tangan masih mengekalkan bentuk bulat sebagai identiti utama.

Galaxy Watch8 series 2.jpg

Untuk model Galaxy Watch8 Classic, reka bentuknya tampil lebih elegan dengan bezel berputar yang timbul serta beralur untuk memudahkan kawalan secara manual. Jam tangan ini turut dilengkapi dengan tiga butang fizikal di sisi, termasuk satu butang tambahan di bahagian tengah bagi membolehkan pelbagai jenis kawalan serta sokongan fungsi seperti Google Gemini. Sementara itu, Galaxy Watch8 pula menampilkan dua butang di bahagian kanan yang menjadikannya lebih minimalis dari segi kawalan fizikal.

Samsung Galaxy watch7 6
Samsung Galaxy Watch7

Dari segi spesifikasi, Galaxy Watch8 dan Watch8 Classic dijangka menggunakan Exynos W1000 di mana cip yang sama seperti dalam siri Galaxy Watch7. Tiada perubahan besar diumumkan dari segi kapasiti bateri kecuali kemungkinan peningkatan kecil yang belum diperincikan setakat ini. Maklumat mengenai fungsi dalaman, saiz dan penawaran aksesori dijangka akan dikongsikan secara rasmi semasa acara Galaxy Unpacked yang bakal berlangsung.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link