Samsung Galaxy Tab A11 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM499
Amy Maizuraa
Samsung secara rasminya menawarkan tablet terbaharunya Galaxy Tab A11 di Malaysia. Ia disediakan dalam tiga varian bermula RM499 untuk model WiFi (4GB +64GB), RM599 untuk model WiFi (8+128GB) dan RM699 untuk versi LTE 4G (4/64GB). Galaxy Tab A11 boleh didapati sekarang melalui laman web rasmi Samsung dan pengedar sah di seluruh Malaysia.

Galaxy Tab A11 hadir dengan skrin TFT LCD 8.7″ beresolusi 1340 x 800 piksel serta kadar segar semula 90Hz. Ia dipadankan dengan cip lapan teras, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.
Kamera belakang 8MP dengan autofokus pula digandingkan bersama kamera hadapan 5MP untuk keperluan fotografi asas. Selain itu, tablet ini menyokong kad mikroSD sehingga 2TB, Bluetooth 5.3, bicu audio 3.5mm dan bateri berkapasiti 5100mAh.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






