Malaysia Oversight

Samsung Galaxy Tab A11 dan Tab A11+ Kini Rasmi Dengan Sokongan DeX

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Galaxy Tab A11 dan Tab A11+ Kini Rasmi Dengan Sokongan DeX


Samsung Galaxy Tab A11 dan Tab A11+ Kini Rasmi Dengan Sokongan DeX

October 1, 2025
Samsung

Effi Saharudin

Samsung Galaxy Tab A11 dan Galaxy Tab A11+ dilancarkan secara rasmi hari ini dengan keunikan ia menawarkan ciri Samsung DeX pada sebuah tablet bukan dari kelas mercu. Samsung Galaxy Tab A11+ ialah model dengan 11″ LCD 90Hz, dijana cip Dimensity 7300 chip, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri 7040 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Samsung Galaxy Tab A11 A

Kamera belakang sebesar 8MP dengan kamera swafoto pula sebesar 5MP. Terdapat sokongan kad microSD untuk menambah memori sehingga 2TB. Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 8 berasaskan Android 16. Selain itu turut disertakan ialah sistem audio empat speaker dengan Dolby Atmos dan bicu audio 3.5mm. Samsung Galaxy Tab A11+ boleh mengakses ciri DeX menerusi menu pintasan pantas atau apabila disambungkan kepada aksesori papan kekunci fizikal.

Samsung Galaxy Tab A11 B

Samsung Galaxy Tab A11 pula ialah model dengan 8.7″ LCD 90Hz, dijana cip Helio G99, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri 5100 mAh yang menyokong pengecasan 15W. Kamera belakang sebesar juga 8MP dengan kamera swafoto pula sebesar 5MP. Memori boleh ditambah sehingga 2TB menggunakan kad microSD.

Walaupun ia peranti lebih mampu milik, ia masih disertakan ialah sistem audio empat speaker dengan Dolby Atmos dan bicu audio 3.5mm. Yang tiada cuma sokongan DeX secara terbina. Kedua-dua tablet akan menerima sokongan kemas kini 7 versi sistem operasi dan 7 tahun tampalan sekuriti.

Samsung Galaxy Tab A11 dijual pada harga bermula £150 (~RM 850) dengan Samsung Galaxy Tab A11+ hanya akan mula dijual penghujung tahun ini dengan harga belum lagi diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link