Malaysia Oversight

Samsung Galaxy S26 Ultra Dikatakan Akan Dikuasakan Cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen5

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Galaxy S26 Ultra Dikatakan Akan Dikuasakan Cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen5


Samsung dijangka akan memperkenalkan siri peranti mercu terbaru mereka, Samsung Galaxy S26 yang dijangka akan hadir dengan tiga model seperti biasa, termasuklah Samsung Galaxy S26, Samsung Galaxy S26 Plus dan Samsung Galaxy S26 Ultra.

Ketiga-tiga model peranti pintar ini dilihat akan hadir dengan saiz paparan yang berlainan, penawaran memori dan storan yang berbeza, dan sekali lagi, penawaran CPU yang berbeza juga.

Beberapa laporan dari Korea Selatan mengatakan bahawa untuk model peranti tersebut, hanya Samsung Galaxy S26 Ultra yang akan hadir dengan pilihan yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, manakala dua model yang lain akan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Samsung sendiri, iaitu Samsung Exynos 2600.

Samsung Galaxy S25 Ultra B

Chosun Biz, sebuah laman berita Korea Selatan yang melaporkan perkara ini mengatakan bahawa cip Qualcomm kelas mercu tersebut dipilih kerana ia masih lagi sebuah nama yang dikenali untuk kelas peranti premium untuk pengguna yang mahukan sebuah peranti yang berkuasa.

Secara teknikalnya, ini juga bukanlah sesuatu yang baru kerana model peranti mercu mereka sekarang ini, iaitu Samsung Galaxy S25 Ultra dan Samsung Galaxy Z Fold7 juga menggunakan cip pemprosesan mercu Qualcomm Snapdragon 8 Elite sekarang ini.

Cip pemprosesan Samsung Exynos 2600 merupakan cip pemprosesan peranti mudah-alih paling berkuasa mereka yang dihasilkan menggunakan proses 2nm Gate-All-Around (GAA), iaitu proses penghasilan cip semikonduktor paling moden oleh mereka.

EXYNOS SAMSUNG A

Penggunaan cip tersebut dalam dua peranti model terbaru Samsung bermakna bahawa mereka sekurang-kurangnya yakin dengan prestasi cip yang direka, dan juga dengan kapasiti pengeluaran cip pemprosesan mereka sendiri.

Walaupun cip mercu Qualcomm akan digunakan pada model Samsung Galaxy S26 Ultra, di masa hadapan kelak terdapat kemungkinan bahawa Samssung akan menggunakan cip Exynos mereka pada kelas peranti mercu paling premium mereka di masa akan datang.

Seperti biasa, Samsung dijangka akan memperlihatkan penawaran siri peranti Samsung Galaxy S26 pada penghujung Januari 2026, dan jualan akan bermula sekitar pertengahan ke penghujung bulan Februari 2026.

Chosun Biz



Source link