Samsung Galaxy S25 FE – Galaxy AI Canggih Kini Untuk Semua
Amy Maizuraa
Samsung komited dalam menjadikan kecerdasan buatan (AI) sebagai teknologi yang mudah diakses dan relevan untuk semua. Dengan visi yang jelas, mereka berusaha menghapuskan sempadan yang selama ini membataskan akses kepada teknologi AI sekali gus membawa inovasi ini keluar daripada kelompok peranti mewah.

Melalui pendekatan ini, Samsung membuka peluang kepada lebih ramai pengguna untuk merasai manfaat teknologi AI dalam kehidupan seharian daripada komunikasi pintar dan suntingan kreatif hingga kepada pengalaman digital yang lebih efisien.

Samsung Galaxy S25 FE menjadi simbol kepada peningkatan ini bagi membuktikan bahawa teknologi AI generasi baharu bukan lagi satu kemewahan tetapi telah menjadi keperluan moden yang kini boleh dimiliki oleh semua lapisan pengguna.
AI Canggih Kini Milik Semua

Samsung Galaxy S25 FE muncul sebagai pilihan bijak untuk pengguna yang mahukan kuasa AI bertaraf mercu tanpa perlu berbelanja besar. Samsung melengkapkan peranti ini dengan teknologi Galaxy AI yang sama hebat seperti yang digunakan dalam siri Galaxy S kelas mercu. Hasilnya, Samsung Galaxy S25 FE menempatkan dirinya sebagai antara peranti paling berbaloi dalam kategori berprestasi tinggi masa kini.

Dengan keupayaan AI yang canggih, Samsung Galaxy S25 FE bukan sekadar telefon tetapi berfungsi sebagai ‘rakan digital’ yang memahami keperluan harian anda. Ia membantu anda berkomunikasi dengan lebih bijak, menyunting kandungan secara kreatif dan mengurus tugasan harian dengan lebih mudah. Semua ciri ini direka untuk menjadikan hidup anda lebih lancar dan efisien setiap hari.

Salah satu ciri paling menarik yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S25 FE ialah Circle to Search with Google. Dengan hanya membuat bulatan pada objek atau teks di skrin menggunakan jari, anda boleh mendapatkan maklumat secara serta-merta tanpa perlu keluar daripada aplikasi yang sedang digunakan.
Contohnya, jika anda sedang melihat gambar tempat yang tidak dikenali dan ingin tahu lebih lanjut, cukup dengan membuat bulatan pada kawasan tersebut dan info lengkap akan muncul sekelip mata. Mudah, pantas dan menyeronokkan seolah-olah segala maklumat di hujung jari.

Live Translate boleh menjadikan pengalaman komunikasi berlainan bahasa lebih menyeronokkan. Sama ada anda berbual santai dengan rakan dari luar negara atau berurusan dengan pelanggan, ciri ini mampu menterjemah perbualan secara langsung dalam masa nyata.
Anda boleh berbincang, bersembang atau berurusan tanpa kekok sama ada melalui WhatsApp, panggilan telefon atau mesyuarat kerja. Tiada lagi halangan bahasa, hanya komunikasi yang lancar dan penuh keyakinan.

Seterusnya, Generative Edit pula membuka ruang kepada kreativiti tanpa batas. Dengan hanya beberapa klik anda boleh menyunting gambar secara pintar sama ada mengalih keluar objek yang mengganggu, menambah elemen visual menarik untuk kandungan media sosial atau menghasilkan suntingan bertaraf profesional terus dari telefon anda. Teknologi AI yang terbina memahami konteks imej dan menghasilkan hasil yang kemas serta realistik. Anda tidak lagi memerlukan aplikasi rumit tetapi cukup dengan Samsung Galaxy S25 FE dan imaginasi anda.

Dengan reka bentuk moden, prestasi lancar dan ciri pintar yang mudah digunakan, Samsung Galaxy S25 FE sesuai untuk semua gaya hidup. Sama ada anda pelajar, usahawan digital, pencipta kandungan atau pengguna harian, peranti ini memberi anda kebebasan untuk melakukan lebih banyak dengan lebih mudah. Samsung Galaxy S25 FE bukan sekadar telefon, ia adalah alat yang menyokong anda setiap hari.
Reka Bentuk Mercu, Harga Mampu Milik
Salah satu aspek paling menarik tentang Samsung Galaxy S25 FE ialah harganya yang sangat kompetitif. Dengan harga pelancaran bermula RM2349 untuk storan 512GB, ia menjadikan model FE ini antara yang paling berbaloi setakat ini.
Jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S24 FE yang dilancarkan pada harga RM2949 untuk kapasiti storan yang sama, pengguna menikmati penjimatan sebanyak RM600 di mana satu angka yang cukup signifikan dalam pasaran telefon pintar.

Samsung Galaxy S25 FE menawarkan prestasi bertaraf mercu dan teknologi AI terkini dalam pakej yang lebih mampu milik. Ia bukan sekadar telefon pintar, tetapi pelaburan bijak untuk gaya hidup digital yang lebih lancar, produktif dan menyeronokkan. Sama ada untuk kerja, hiburan atau kreativiti, Samsung Galaxy S25 FE memberikan anda lebih nilai dalam setiap sentuhan.

Promosi Pelancaran Terbaik Pernah Ditawarkan
Untuk menjadikan Samsung Galaxy S25 FE lebih berbaloi, Samsung hadir dengan pelbagai promosi eksklusif yang menjadikan setiap pembelian itu lebih menguntungkan berbanding sebelum ini.
Antara tawaran menarik termasuk naik taraf storan berganda tanpa kos tambahan. Pengguna boleh menikmati storan 512GB dengan penjimatan sehingga RM600 berbanding hanya RM300 pada model sebelumnya. Ini bermakna anda mendapat lebih banyak ruang untuk gambar video aplikasi dan dokumen tanpa perlu membayar lebih.

Samsung juga muncul dengan tawaran trade-in yang lebih menarik. Pengguna berpeluang menerima rebat sehingga RM500 apabila menukar peranti lama mereka berbanding rebat RM300 yang ditawarkan untuk model Galaxy S24 FE. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos pembelian, malah turut menggalakkan pengguna beralih kepada teknologi yang lebih moden dan efisien. Lebih jimat, lebih berbaloi.
Namun begitu, perlu diambil maklum bahawa nilai trade-in sebenar bergantung kepada model peranti lama yang ditukar dan tertakluk kepada kawasan poskod tertentu. Oleh itu, nilai rebat serta jenis peranti yang diterima mungkin berbeza mengikut lokasi dan spesifikasi peranti masing-masing. Bagi pengguna yang sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf peranti, ini mungkin masa yang paling sesuai.
Dengan gabungan storan berganda, rebat tunai dan nilai trade-in yang kompetitif, Samsung Galaxy S25 FE muncul sebagai pilihan paling berbaloi dalam kelasnya. Inilah peluang terbaik untuk beralih kepada peranti baharu yang lebih pintar, berkuasa dan menyeronokkan untuk digunakan setiap hari.
Masa Terbaik Untuk Bertukar Ke Galaxy S25 FE!
Jika anda sedang pertimbangkan untuk menaik taraf peranti, inilah peluang terbaik untuk bertindak. Samsung Galaxy S25 FE kini ditawarkan pada harga RM2,349 (512GB) dengan prestasi mercu, ciri AI sepenuhnya dan pelbagai kelebihan pelancaran, semuanya kini dalam satu pakej yang sukar ditandingi.

Promosi ini hanya berlangsung untuk tempoh terhad. Selepas 19 Oktober 2025, tawaran storan berganda, rebat tunai dan nilai trade-in tidak lagi tersedia. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bertukarlah kepada Samsung Galaxy S25 FE hari ini dan rasai sendiri kelebihan AI dalam genggaman anda. Lebih pintar, lebih berbaloi dan lebih menyeronokkan. Masa untuk naik taraf sudah tiba.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






