Malaysia Oversight

Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 Dilancarkan pada Harga Bermula RM799

By Amanz in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 Dilancarkan pada Harga Bermula RM799


Samsung Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 Dilancarkan pada Harga Bermula RM799

September 3, 2025
Samsung

Effi Saharudin

Bulan lalu Samsung Gaalxy A17 5G dan A07 LTE dilancarkan di negara jiran. Hari ini kedua-dua peranti mampu milik akhirnya dilancarkan di Malaysia secara rasmi.

Samsung Galaxy A17 C

Samsung Galaxy A17 5G dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 90Hz, dipadankan dengan cip Exynos 1330 (5nm),  memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan 25W. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, ultra lebar 6MP dan makro 2MP sementara di hadapan pula kamera swafoto sebesar 13MP.

Samsung Galaxy A17 A

Tubuh melepasi piawaian kalis air serta debu IP54 dan masih menyokong kad microSD untuk menambah storan. Ia walau bagaimanapun masih masih menggunakan One UI 7 berasaskan Android 15. Samsung menjanjikan sokongan 6 versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun. Ini hanya setahun kurang berbanding yang diterima peranti mercu siri Galaxy S dan Galaxy Z.

Samsung Galaxy A07 A

Samsung Galaxy A07 LTE pula hadir dengan skrin 6.7″ LCD HD+ 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas 25W. Panel hadapan menampilkan takuk kecil yang menempatkan kamera swafoto 8MP. Di bahagian belakang, terdapat kamera utama 50MP bersama sensor kedalaman 2MP untuk sokongan mod potret.

Samsung Galaxy A07 C

Ia menjalankan antara muka One UI 7 berasaskan Android 15 dengan jaminan sokongan kemas kini sehingga 6 tahun. Selain itu. peranti ini dilengkapi penarafan IP54 bagi perlindungan terhadap percikan air dan habuk.

Peranti ini menyokong dwi-SIM 4G dan menyediakan slot khusus untuk kad microSD bagi penambahan storan. Ia turut mengekalkan bicu audio 3.5mm, menyokong Bluetooth 5.3 serta dilengkapi port USB-C.

Di Malaysia Samsung Galaxy A17 5G akan ditawarkan dalam warna Black, Gray, dan Blue bermula 5 September. Harga jualan ialah seperti di bawah

  • Samsung Galaxy A17 5G (8+128GB) – RM899 (RM 799 selepas rebat)
  • Samsung Galaxy A17 5G (8+256GB) – RM999 (RM 899 selepas rebat)

Samentara itu Samsung Galaxy A07 LTE ditawarkan dalam warna Light Violet, Green, dan Black bermula 26 September tetapi harga belum lagi diumumkan. Samsung Malaysia memberikan 25W Travel Adapter bernilai RM89 secara percuma dengan setiap pembelian Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 LTE.

Galaxy A07 Galaxy A17

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link