Malaysia Oversight

Samsung Galaxy A07 Dilancarkan Dengan Sokongan Kemas Kini Selama 6 Tahun

By Amanz in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Galaxy A07 Dilancarkan Dengan Sokongan Kemas Kini Selama 6 Tahun


Samsung Galaxy A07 Dilancarkan Dengan Sokongan Kemas Kini Selama 6 Tahun

August 26, 2025
Samsung

Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A07 diperkenalkan secara senyap tanpa sebarang pengumuman besar. Meskipun begitu, ia membawa peningkatan ketara berbanding model sebelumnya, Galaxy A06.

Samsung Galaxy A07 A

Peranti hadir dengan cip MediaTek Helio G99 bersama memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Ia menjalankan antara muka One UI 7 berasaskan Android 15 dengan jaminan sokongan kemas kini sehingga enam tahun. Selain itu. peranti ini dilengkapi penarafan IP54 bagi perlindungan terhadap percikan air dan habuk.

Samsung Galaxy A07 b

Peranti juga dilengkapi skrin LCD bersaiz 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz namun resolusinya masih kekal pada tahap HD+. Panel hadapan menampilkan takuk kecil yang menempatkan kamera swafoto 8MP. Di bahagian belakang, terdapat kamera utama 50MP bersama sensor kedalaman 2MP untuk sokongan mod potret.

Samsung Galaxy A07 C

Peranti ini menyokong dwi-SIM 4G dan menyediakan slot khusus untuk kad mikroSD bagi penambahan storan. Ia turut mengekalkan bicu audio 3.5mm, menyokong Bluetooth 5.3 serta dilengkapi port USB-C. Bateri berkapasiti 5,000mAh hadir dengan sokongan pengecasan pantas 25W sesuai untuk penggunaan harian yang berpanjangan.

Samsung Galaxy A07 4G diumumkan di Indonesia terlebih dahulu dan ditawarkan dengan harga bermula Rp. 1,399,000 (~RM 362).

Samsung Newsroom Indonesia

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link