Samsung Dilaporkan Membatalkan Galaxy S26 Edge
Effi Saharudin
Adakah era telefon pintar nipis bakal bermula ataupun ia berakhir sebelum sempat bertatih? Jika melihat angka jualan iPhone Air, jelas majoriti pengguna tidak berminat memiliki peranti nipis dengan bateri yang kecil. Kini menurut laporan media Korea Selatan NewsPim, Samsung telah membatalkan pelancaran Galaxy S26 Edge.

Laporan memetik eksekutif Samsung yang tidak ingin dikenali. Pembatalan dilakukan selepas Galaxy S25 Edge mencatatkan jualan yang tidak memuaskan. Sambutannya kurang menggalakkan dengan nisbah jualan 1:12 berbanding Galaxy S25 Ultra dan 1:8 jualan Galaxy S25.
Isu yang dilaporkan majoriti pengulas ialah Galaxy S25 Edge mempunyai hayat bateri yang pendek, pengecasan yang perlahan dan hanya dwi kamera berbanding peranti lain di bawah siri Galaxy S25. Samsung dijangka melancarkan siri Galaxy S26 pada Januari depan dengan ia kini terdiri daripada Galaxy S26 Ultra, Galaxy S26 Pro, dan Galaxy S26 Plus.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






