Pelancaran Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 sekali lagi membuktikan usaha berterusan Samsung dalam menguatkan lagi pengalaman berasaskan AI, bukan sahaja untuk telefon pintar tradisional, tetapi juga dalam faktor bentuk boleh lipat yang memberi makna lebih mendalam kepada pengguna.

Menurut Matthew Ng, Ketua Mobile eXperience Business di Samsung Malaysia Electronics, Galaxy AI bukan sekadar satu set ciri, tetapi merupakan falsafah baharu. “Kami percaya AI ialah UI baharu. Ia perlu hadir secara senyap, pintar dan menyokong – membolehkan pengguna memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting,” jelas beliau.

Galaxy AI: Lebih Daripada Sekadar Teknologi
Galaxy AI direka untuk meningkatkan kreativiti dan produktiviti pengguna. Antara ciri popular di Malaysia ialah Photo Assist, Transcript Assist dan Writing Assist, yang membawa fungsi penyuntingan canggih terus ke dalam telefon pintar.

Selain itu, Gemini Live mendapat sambutan hangat kerana kebolehannya menyelaras jadual, mengurus kemas kini dan menyambungkan aplikasi dengan lancar. Pada Galaxy Z Flip7, sokongan Gemini Live melalui FlexWindow memberi kemudahan pantas untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Dengan One UI 8 berasaskan Android 16, Samsung menggabungkan multimodal AI ke seluruh ekosistem Galaxy, menjadikan setiap tindakan lebih peribadi, mudah dan terhubung.
Telefon Boleh Lipat Sebagai Kanvas Inovasi
Samsung melihat peranti boleh lipat bukan sekadar pernyataan teknologi, tetapi sebagai kanvas reka bentuk pengalaman peribadi. Data menunjukkan pengguna Galaxy Z Series menggunakan ciri Galaxy AI sebanyak 74% daripada masa penggunaan justeru

Samsung Galaxy Z Flip7 sebagai peranti yang ringkas dan boleh digunakan sebelah tangan dengan ciri FlexWindow yang menampilkan Now Bar dan Now Brief tanpa perlu membuka peranti.

Manakala Samsung Galaxy Z Fold7 pula menjadi kuasa produktiviti dengan paparan yang besar untuk memanfaatkan ciri Split View, rujukan pelbagai perkara serta fungsi AI seperti Gemini dan Circle To Search.

AI Sebagai Teman Sejati
Bagi Samsung, AI yang baik mestilah intuitif dan tidak mengganggu. Pada Z Flip7, AI menjadikan skrin luar sebagai papan pemuka pintar, manakala pada Z Fold7, ia menawarkan pengalaman penuh – daripada Writing Assist hingga Gemini Live – menyesuaikan diri dengan cara pengguna bekerja dan berkarya.

Melangkaui Masa Kini
Menurut Matthew, Samsung bukan sahaja bersedia untuk masa depan malah sedang membinanya juga. Selain itu, Samsung, menegaskan bahasa visi Galaxy AI tidak statik. Menerusi jaminan tujuh tahun kemas kini perisian, ia akan sentiasa memberikan pengguna penambahbaikan baharu untuk One UI 8 serta Galaxy AI.







