Malaysia Oversight

Samsung Bangunkan Pengesan Disfungsi Sistolik Ventrikel Kiri (LVSD) Pertama Untuk Jam Pintar

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Bangunkan Pengesan Disfungsi Sistolik Ventrikel Kiri (LVSD) Pertama Untuk Jam Pintar


Samsung Bangunkan Pengesan Disfungsi Sistolik Ventrikel Kiri (LVSD) Pertama Untuk Jam Pintar

October 1, 2025
Jam
Lain-lain
Samsung

Effi Saharudin

Pemakaian jam pintar dan penjejak kesihatan dapat membantu mengesan pelbagai penyakit serius lebih baik sekaligus mengelakkan ia menjadi serius atau mengakibatkan kematian. Jam tangan moden boleh mengesan darah tinggi, apnea tidur, ritma jantung tidak sekata dan pengesanan ECG. Samsung kini mengumumkan mereka berjaya membangunkan pula sistem pengesanan Disfungsi Sistolik Ventrikel Kiri (Left Ventricular Systolic Dysfunction) untuk jam pintar.

Samsung LVSD Left Ventricular Systolic Dysfunction jantung

LVSD ialah keadaan kardiovaskular yang menyebabkan 50% kegagalan jantung dengan ia mempunyai kadar kematian lebih tinggi berbanding kanser. Ia menyebabkan bahagian ventrikel kiri jantung yang bertanggungjawab mengepam darah ke tubuh menjadi lebih sehingga menyebabkan kegagalan jantung sistolik.

Sistem pengesanan Samsung dibangunkan menerus kerjasama Medical AI yang membangunkan sistem ECG yang diperkasakan kecerdasan buatan. Algoritma khusus dihasilkan menerusi data bacaan 12 titik bacaan ECG pesakit. Menerusi pengesanan awal LVSD, bukan sahaja nyawa dapat diselamatkan tetapi rawatan awal dapat diberikan sebelum situasi menjadi semakin serius.

Teknologi Samsung ini sudahpun menerima kelulusan kawal selia daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah (MFDS) Korea Selatan untuk digunakan pada jam tangan pintar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link