SEREMBAN: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya yang membuang sampah merata-rata telah mencemarkan satu kawasan lapang Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran sebuah stesen minyak di sini. Tinjauan mendapati kawasan yang menjadi lokasi persinggahan pengguna jalan raya untuk berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan itu dipenuhi plastik makanan dan minuman. Selain itu, ketiadaan tong sampah di sekitar kawasan tersebut juga dipercayai antara punca sampah bertaburan. Seorang pengguna jalan raya, Norman Mohd. Zain,…






