Malaysia Oversight

Saman RM30j bukan untuk cetus perselisihan antara Vinod dan Anwar – saksi

By MkiniBM in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Plaintif dalam saman terhadap ahli perniagaan, Vinod Sekhar atas dakwaan penipuan, salah pernyataan dan pelanggaran kontrak menafikan yang dia mengaitkan Vinod dengan Perdana Menteri Ibrahim untuk menimbulkan perselisihan antara mereka.

Graham David Bell, 66, membuat penafian itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam Vinod, Rajan Navaratnam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Apabila ditanya lanjut, Bell bersetuju dengan kenyataan Rajan bahawa tiada bukti menunjukkan Vinod menggunakan nama untuk mendapatkan sebarang bentuk pelaburan atau wang daripadanya mahupun 11 plaintif lain.

Bagaimanapun, Bell yang menjadi saksi plaintif itu tidak bersetuju dengan kenyataan Rajan bahawa saman tersebut difailkan pada 2023 selepas menjadi Perdana Menteri, dan bahawa pemilihan waktu saman itu difailkan menunjukkan niat tersembunyi untuk mengaitkan Anwar dengan Vinod.

Hujahan Rajan merujuk kepada sebahagian kenyataan tuntutan plaintif yang menyebut bahawa Vinod telah menggambarkan dirinya mempunyai hubungan dengan individu berpengaruh dengan latar belakang politik, termasuk Anwar.

Bell juga tidak setuju dengan hujahan Rajan yang tiada bukti di yang menyokong dakwaan plaintif berhubung salah pernyataan tersebut. Namun, saksi itu mengakui dia tidak dapat mengemukakan bukti bagi menyokong bantahannya itu.

Dia juga memberitahu mahkamah yang dia dan plaintif lain tidak pernah membuat laporan polis terhadap Vinod atau isterinya, Winny Yeap Liew Heoh — defendan kedua dalam saman ini — berhubung dakwaan penipuan tersebut.

Bagaimanapun dia menolak kenyataan bahawa saman mereka “tidak berasas sama sekali dan tidak tepat”, mahupun bersifat remeh.

Prosiding berakhir dengan Rajan menutup pemeriksaan balasnya, yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 Oktober lalu dan melibatkan lebih 500 soalan bagi meneliti keterangan Bell dan kenyataan tuntutan plaintif.

Perbicaraan di depan hakim Adam @ Edward Abdullah akan bersambung esok dengan sesi pemeriksaan balas semula Bell oleh peguamnya, Colin Andrew Pereira

Bell, yang merupakan plaintif keempat dalam saman ini, memberi keterangan sejak Isnin mewakili semua plaintif seperti yang diarahkan mahkamah.

Sepuluh daripada plaintif merupakan pelabur dengan Vinod iaitu Bell, Arthur J Mirante II, Ronald Barrie Clapham, Charles Robert Henry Stone, Paul Sallis Benney, Paul Nicholas Smith, Octavio Augusto Vallarino Arias, Simon Hafeitz Homsany, Talbortt Gerard Young dan Uri Fruchtmann, manakala dua lagi iaitu Andrew Murray-Watson dan April Srivikorn ialah bekas pekerja Vinod.

Plaintif telah memfailkan saman terhadap dua defendan itu pada 31 Mei 2023, menuntut ganti rugi RM30 juta termasuk faedah atas beberapa faktor termasuk salah nyata, penipuan dan pelanggaran kontrak.

Mereka mendakwa Vinod telah memujuk mereka melabur sama ada dengannya atau syarikat-syarikat miliknya, tanpa mendedahkan status muflisnya pada masa berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif menyatakan telah menyoal Vinod mengenai status muflis itu melalui e-mel pada 30 September 2020, namun dia “mengabaikannya” dan seolah-olah memberi bayangan bahawa seorang bernama “Anwar” akan menguruskan perkara itu serta bahawa dia sehaluan dengan Anwar.

Plaintif percaya “Anwar” yang dimaksudkan ialah Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mereka menamakan Yeap sebagai defendan kedua dengan mendakwa dia bersekongkol dengan Vinod untuk melakukan penipuan, pelanggaran kontrak dan salah nyata terhadap mereka.



Source link