Malaysia Oversight

‘Saifuddin tak kecewa beri laluan pada Nurul Izzah’

By MkiniBM in May 22, 2025 – Reading time 2 minute
‘Saifuddin tak kecewa beri laluan pada Nurul Izzah’


Seorang pegawai kanan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan sabotaj dalaman berikutan keputusan pemimpin itu untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden.  

Ketua bahagian Tanjong Karang, Yahya Mat Sahri, yakin penyokong Saifuddin tiada masalah menerima keputusan tersebut.  

Yahya, yang bertanding jawatan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), berkata dia percaya Presiden Ibrahim mempunyai “tugas lebih utama” untuk Saifuddin, yang memberi laluan kepada mencabar penyandang Rafizi Ramli.  

“Saifuddin, dia memang dari awal, apa saja (keputusan) dia akan patuh dan taat apa yang disarankan oleh presiden,” kata Yahya kepada pemberita di Johor Bahru, di mana pemimpin dan anggota PKR berkumpul untuk kongres nasional parti hujung minggu ini.  

“Sefaham saya selepas dari keputusan mesyuarat MPP dan sebagainya, salah satunya keperluan supaya DS Saif dan DS Rafizi berbincang, maknanya kalau ada pertandingan kena duduk dalam pertandingan yang sihat. 

“Saya kira perbincangan bersama Saifuddin telah diadakan, kemudian bincang balik dengan presiden, yang akhirnya saya kira presiden lihat bila Izzah juga bertanding, maka Saifuddin beri laluan kepada Izzah,” tambahnya.

94c378a4fe0d33a3ab6598fb7bcef8e6
Saifuddin Nasution

Menurut Yahya, Saifuddin kemudian mengarahkan jentera parti akar umbi menyokong .  

Dia mengulas spekulasi bahawa Saifuddin “disabotaj” untuk menarik pencalonannya bagi jawatan nombor dua parti.  

Kongres kali ini menyaksikan pemilihan bagi merebut jawatan dalam parti bagi penggal 2025-28.

Tugas lebih utama

Ditanya tentang perancangan untuk Saifuddin, Yahya percaya setiausaha agung Pakatan Harapan itu akan kekal dalam jawatannya.  

“Ini sebenarnya jawatan yang cukup penting dalam menghadapi PRU. Ini tugas paling utama, bukan jawatan di peringkat parti itu sendiri. 

“Sebab yang bertanding bukan PKR, DAP atau Amanah atau Upko, tetapi Pakatan Harapan,” katanya.

67da7c56fd462f4a568e2fd1ce02ef5b
Dua calon timbalan presiden – Rafizi dan Izzah

Yahya menambah presiden dijangka memberi Saifuddin peranan utama dalam persiapan menghadapi PRU ke-16 dan pilihan raya negeri Sabah yang akan datang.  

“Ini sebenarnya tugas utama sebagai setiausaha agung PH. Macam mana gabungan antara PH dan , mungkin bersama GRS, akan jadi Sabah,” katanya.

Saifuddin pada awalnya dijangka mencabar Rafizi bagi jawatan timbalan presiden, sebelum gelombang sokongan dari pelbagai peringkat dan pelbagai negeri tampil menyatakan sokongan terbuka kepada .



Source link