Malaysia Oversight

Saifuddin tak bertanding jawatan timbalan presiden PKR

By MkiniBM in May 10, 2025 – Reading time 1 minute
Saifuddin tak bertanding jawatan timbalan presiden PKR


Bekas setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail tidak meneruskan pencalonan bagi sebarang jawatan dalam pemilihan parti, meskipun dikaitkan dengan saingan jawatan timbalan presiden sebelum ini.

Pegawai Saifuddin, Omar Mokhtar A Manap dalam kenyataan ringkas kepada media berkata keputusan itu diambil hasil perbincangan dengan ramai pihak termasuklah pimpinan utama .

“Pesan beliau agar kita semua terus kukuh di atas landasan perjuangan, kerja kuat memperkukuh parti dan meletakkan dua perkara sebagai keutamaan; menang PRU16 dan mengangkat Ibrahim sebagai perdana menteri bagi penggal kedua, insyaAllah,” katanya.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam sebelum pencalonan bagi jawatan pimpinan pusat ditutup pada 11.59 malam ini.

Setakat ini, dua calon timbalan presiden ialah Rafizi Ramli yang mempertahankan jawatannya, dan anak , .

setakat ini adalah satu-satunya calon presiden PKR dan dijangka menang tanpa bertanding.

Sebelum ini, Berita Harian memetik sumber yang mendakwa Saifuddin tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden bagi memberi laluan kepada .



Source link