Dua pemimpin kanan PN digugurkan daripada jawatan pengerusi gabungan itu di peringkat negeri melalui penyusunan semula struktur yang dilakukan parti terbabit.
Setiausaha Agung PN, Azmin Ali, malam tadi memberitahu, Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah tidak lagi mengetuai gabungan berkenaan di Pahang. Sebaliknya PN diketuai Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua pembangkang di DUN negeri itu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, turut diketepikan dan tempatnya sebagai Pengerusi PN Perlis digantikan oleh Shahidan Kassim.
Shahidan merupakan salah seorang pemimpin kanan Umno dan pernah menjadi menteri besar sebelum dia menyertai PAS. Shahidan kini merupakan Ahli Parlimen Arau dan salah seorang anggota Jawtaankuasa PAS Pusat.
Menurut Azmin Majlis Tertinggi PN bermesyuarat malam tadi bersetuju pelantikan tersebut berkuat kuasa pada hari ini.
Berikut ialah senarai pengerusi PN bagi setiap negeri:
• Johor: Sahruddin Jamal
• Kedah: Muhammad Sanusi Md. Nor
• Kelantan: Ahmad Yakob
• Melaka: Mas Ermieyati Samsudin
• Negeri Sembilan: Mohamed Hanifah Abu Baker
• Pahang: Tuan Ibrahim Tuan Man
• Perak: Ahmad Faizal Azumu
• Perlis: Shahidan Kassim
• Pulau Pinang: Dominic Lau
• Sabah: Ronald Kiandee
• Sarawak: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
• Selangor: Mohamed Azmin Ali
• Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar
• Wilayah Persekutuan: Mohd Radzi Jidin






