Malaysia Oversight

Sabah FA kalah 0-1 kepada Selangor FC, rekod tanpa kalah LWN 2025 lebur

By TheSun in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Sabah FA kalah 0-1 kepada Selangor FC, rekod tanpa kalah LWN 2025 lebur


Sabah FA tewas tipis 0-1 kepada FC di perlawanan terakhir LWN 2025, rekod tanpa kalah musim ini lebur walaupun sudah juara

SABAH FA gagal menamatkan kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 tanpa kekalahan selepas tewas tipis 0-1 kepada FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pasukan yang sudah pun diisytiharkan juara itu ketinggalan pada minit ke-19 menerusi jaringan ketua pasukan , Nur Ainsyah Murad.

Sabah berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-34, tetapi sepakan percuma ketua pasukan mereka, Win Theingi Tun, mengenai palang gol.

Selangor hampir menambah jaringan pada minit ke-50 melalui sepakan percuma Jang Bojeong, tetapi percubaannya tersasar.

Peluang terbaik Sabah pada babak kedua datang pada minit ke-88, namun rembatan Haindee Mosroh berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor, Daiyana Wardina Mohd Rosdi.

Kekalahan itu menamatkan rekod tanpa kalah Sabah pada perlawanan terakhir musim ini.

Mereka menamatkan kempen dengan 37 mata selepas 14 perlawanan.

Selangor pula mengesahkan kedudukan naib juara LWN 2025 dengan mengumpul 34 mata.



Source link