KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dijangka dibentangkan awal 2026 bagi memperkasa agenda perubahan iklim Malaysia. Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, negara telah menyediakan pelbagai dasar dan pelan bagi memastikan sasaran sifar bersih 2050 dapat dicapai. Katanya, antara inisiatif utama termasuk Nationally Determined Contribution 3.0 (NDC 3.0), Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0), Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia (MyNAP) dan…






