Malaysia Oversight

RUU Pekerja Gig iktiraf keringat anak muda e-hailing

By MkiniBM in August 30, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Perdana Menteri Ibrahim menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Parlimen baru-baru ini sebagai hadiah bermakna buat anak muda yang terbabit dalam industri gig, termasuk penghantar makanan dan pemandu e-hailing.

Dia berkata penggubalan undang-undang tersebut dilakukan dengan penuh teliti kerana melibatkan kehidupan jutaan rakyat.

“RUU ini memberi takrifan lebih jelas kepada profesion kalian, termasuk pengiktirafan, jaringan sosial yang kukuh serta masa depan yang lebih terjamin.

“Terdapat pihak yang mendakwa lambat dalam menggubal undang-undang berkenaan, namun hakikatnya mengambil pendekatan berhati-hati agar pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat kepada golongan terbabit.

28ac834fb092cd140f5d9c24bac9bb4f

“Bersempena bulan kemerdekaan ini, saya tegaskan bahawa setiap keringat dan usaha pekerja gig adalah bermaruah.

“Kalian mempunyai sumbangan besar dalam mengukuhkan ekonomi rakyat dan negara,” kata pada kenyataan hari ini.

Pada 28 Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU tersebut selepas tujuh tahun digubal, dengan 23 ahli parlimen daripada blok dan pembangkang turut mengambil bahagian dalam perbahasan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong pula berkata penggubalan RUU itu adalah hasil usaha berterusan lebih setahun oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesume), diterajui Ketua Setiausaha Azman Mohd Yusof bersama lebih 15,000 kakitangan kementerian.

6a4dd8a2879e7198d5d8d411e8c3f0e0

Kata Sim kejayaan itu turut disokong oleh 4,000 pemegang taruh yang hadir dalam sesi libat urus bersemuka serta 500 maklum balas yang diterima secara dalam talian.

“Malaysia kini menjadi negara ke-16 di dunia yang mempunyai undang-undang khusus untuk pekerja gig.

“Ia akan memberikan kepastian, ketelusan serta menyamakan peluang kepada semua platform, besar mahupun kecil,” katanya lagi.

650276af41c7dd33bd3ca4e87c759f92



Source link