Malaysia Oversight

Rundingan PH-BN-GRS berjaya pastikan tiada pertindihan kerusi

By Utusan in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
Rundingan PH-BN-GRS berjaya pastikan tiada pertindihan kerusi


: Rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional () dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berjalan lancar dengan semua pihak berjaya mencapai persefahaman bagi mengelak sebarang pertindihan.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sejak hari pertama ditugaskan untuk menguruskan rundingan kerusi, fokus utama beliau adalah memastikan setiap gabungan mempunyai ruang bertanding tanpa bertembung sesama sendiri.

“Sejak hari pertama menguruskan rundingan kerusi itu adalah tugas hakiki saya. Kalau rundingan tak selesai, malam tadi tak boleh umum calon lah. Jadi kerja saya selesai dah.

“Rundingan antara dan PH berjaya memastikan tiada pertindihan kerusi, kerja saya juga adalah berunding dengan GRS untuk juga tidak bertembung. Itu juga telah saya selesaikan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan World Day Against Trafficking in Persons (WDAT) 2025 di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersama berkata, selepas rundingan kerusi dimuktamadkan, proses pemilihan calon adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pilihan raya parti untuk menguruskannya.

Semalam, Presiden , Datuk Seri Ibrahim, mengumumkan 10 calon daripada parti itu untuk bertanding pada PRN Sabah, manakala Sabah mengumumkan 41 calon untuk bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sementara GRS pula dilaporkan akan mengumumkan senarai calon pada Rabu ini. – UTUSAN





Source link