Malaysia Oversight

Rumah Budi antara bukti kemampuan PAS mentadbir

By MkiniBM in November 8, 2025 – Reading time 2 minute
Rumah Budi antara bukti kemampuan PAS mentadbir


Pahang hari ini melancarkan projek perumahan inisiatif parti itu sendiri yang digerakkan tanpa sebarang dana daripada mana-mana .

Dikenali sebagai Rumah Budi 3.0 projek berkenaan dibangunkan di Kampung Batu Hitam, dekat Kuantan, dengan nilai kira-kira RM80,000 untuk penerima yang dipilih.

Timbalan Pesuruhjaya Pahang, Andansura Rabu, berkata pihaknya menggunakan sumbangan orang ramai dan inisiatif Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Indera Mahkota untuk melaksanakan projek berkenaan.

Katanya, ia adalah Rumah Budi ketiga di Pahang dan sebenarnya projek tersebut dilancarkan oleh PAS Pusat kira-kira tiga tahun lalu dan dilaksanakan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

“Sebelum ini PAS Pahang dah bina Rumah Budi di Tanjung Lumpur, Kuantan; Felda Keratong 1, Rompin dan kali ini di Kampung Batu Hitam,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan projek tersebut hari ini.

Ditanya mengenai kaedah digunakan bagi membiayai projek berkenaan, Beserah itu berkata, ia menggunakan sumbangan daripada orang awam dan ahli parti berkenaan.

“Kami bukan nak bersaing dengan sesiapa. Kami perkenalkan Rumah Budi ini dengan niat untuk cuba membantu menyediakan kediaman selesa kepada mereka yang terpilih bersama kemampuan yang PAS ada.

“Sebenarnya PAS nak sampaikan mesej kepada orang ramai bahawa dalam keadaan kewangan terhad pun kami boleh buat, bayangkan jika ada peruntukan,” jelasnya.

eaacd7eecd6fc45a1c2ef79f5ce40dc4

Dalam perkembangan lain, Andansura memaklumkan pergolakan dalaman Bersatu hanya berlaku di peringkat pusat dan tidak menjejaskan kerjasama parti itu dalam PN di Pahang.

Dia berkata, isu berkenaan hanya memberi kesan minimum terhadap gabungan PN negeri memandangkan cuma seorang ahli parlimen Bersatu yang dipanggil lembaga disiplin parti itu.

“PAS berpendirian sejak dulu lagi yang kami tidak akan campur (urusan) dalaman parti lain.

“Namun, boleh saya katakan ia tidak menjejaskan perancangan PN Pahang dalam misi kami menawan negeri ini dalam PRU akan datang.

“Setakat yang kami tahu, hanya seorang ahli parlimen Bersatu yang mungkin ada ‘masalah’ dengan pucuk pimpinan mereka,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menyebut nama ahli parlimen Bersatu terbabit.

Namun, berdasarkan laporan media sebelum ini, ia merujuk keada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, yang menjadi antara pemimpin Bersatu yang lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk presiden mereka, Yassin.

Selain Saifuddin, Bersatu memiliki seorang lagi ahli parlimen di Pahang iaitu Abdul Khalib Abdullah (Rompin) dan dua , Jasri Jamaludin (Kuala Sentul) dan Yazid Yunus (Lepar).



Source link