Malaysia Oversight

Router Comel Didi & Friends Ini Berkelajuan 500Mbps, Hanya RM90 Sebulan

By Amanz in September 29, 2025 – Reading time 3 minute
Router Comel Didi & Friends Ini Berkelajuan 500Mbps, Hanya RM90 Sebulan


Dalam sebuah rumah, internet bukan lagi sekadar untuk kerja atau hiburan sahaja. Ia sudah menjadi penghubung untuk seisi keluarga. Anak-anak menggunakannya untuk belajar, ibu bapa pula melayan drama kegemaran, sementara yang lain mungkin bermain permua bersama rakan. Sebab itu, apabila sambungan internet laju dan stabil, semua orang di rumah boleh menikmatinya dengan lebih puas hati.

image 113

Router Eksklusif Didi & Friends

Rumah anda pasti jadi ceria apabila anda ada ‘rakan’ yang memberikan internet laju. Memperkenalkan router edisi terhad Didi & Friends, yang diberikan secara PERCUMA dengan langganan pelan Astro Fibre 500Mbps bernilai RM90 sebulan untuk pelanggan Astro. Pelanggan baharu juga boleh menikmati tawaran yang sama dengan langgan Astro Fibre 500Mbps bersama Astro One hanya daripada RM139.99/bln. Router ini merupakan hasil kerjasama antara Astro Fibre dan siri terbaharu Didi & Friends Storytime. Dengan rekaan bertemakan watak-watak comel Didi & Friends iaitu Didi, Jojo dan Nana, router ini bukan sahaja berfungsi sebagai nadi sambungan internet di rumah, tetapi juga menambah keceriaan ruang tamu. Jika anda mempunyai si kecil yang meminati siri ini, router eksklusif ini pastinya akan membuat mereka lebih teruja.

Internet Pada Harga Berpatutan

Dengan hanya RM90 sebulan, anda boleh melanggan Astro Fibre 500Mbps dan menikmati penjimatan lebih daripada RM2,000. Pelan ini bukan sahaja menawarkan harga berbaloi, malah memberikan kelajuan Internet yang cukup untuk menampung penggunaan seisi rumah. Sama ada untuk kerja dari rumah, kelas online anak-anak, strim drama kegemaran atau bermain game atas talian, semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Lebih penting, sambungan ini stabil walaupun digunakan pada banyak peranti serentak. Router edisi terhad ini juga turut ditawarkan untuk pakej sehingga 800Mbps. 

image 109

Router WiFi6 Menjamin Sambungan Pantas Untuk Semua Penghuni Rumah

Menariknya mengenai Router WiFi Didi & Friends ini juga adalah ia menggunakan sambungan rangkaian WiFi6, iaitu protokol rangkaian internet yang pantas dan efisien, meskipun di rumah anda terdapat pelbagai peranti. Router ini berupaya memastikan semua mendapat internet pantas ditambah lagi dengan adanya Dual-Band Operation (2.4 GHz + 5GHz) yang mengoptimumkan capaian dan kelajuan. Seterusnya ia turut menyokong capaian Mesh WiFi dimana kawasan liputan boleh ditambah menerusi router lain yang turut menyokong capaian Mesh WiFi. Ini memastikan tiadanya kawasan tanpa internet, sesuai dengan kegunaan rumah yang besar. 

image 112

Aplikasi Astro Fibre Dengan Fungsi Pintar

Selain itu, pelanggan Astro Fibre juga boleh menikmati aplikasi Astro Fibre secara percuma. Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh mengawal penggunaan internet anak-anak dengan lebih mudah menggunakan ciri Parental Control, memastikan penggunaan internet mereka lebih selamat dan terkawal. Perkongsian WiFi juga menjadi lebih mudah kerana hanya perlu imbas kod QR tanpa perlu dedahkan kata laluan, sekali gus menjadikan proses sambungan lebih cepat dan selamat. 

Tambahan pula, anda boleh mengetahui peranti-peranti yang disambungkan internet daripada router Astro Fibre melalui peta rangkaian. Secara tidak langsung, anda boleh memantau dan mengetahui berapa banyakkah peranti yang telah disambungkan didalam masa yang tertentu. Selain itu, anda juga boleh mengesan sekiranya ada peranti asing yang telah menggunakan sambungan penghala di rumah anda atau dimana-mana sahaja anda meletakkan penghala tersebut. 

image 110

Kesimpulannya, pelan Astro Fibre 500Mbps bukan sahaja menawarkan internet berkelajuan tinggi pada harga berpatutan, malah hadir dengan penjimatan lebih daripada RM2,000 dan router edisi terhad Didi & Friends yang eksklusif untuk pelanggan Astro  tersedia dan pelanggan Astro baharu. Ditambah pula dengan fungsi pintar melalui aplikasi Astro Fibre, pengalaman internet di rumah anda menjadi lebih mudah, selamat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Namun begitu, tawaran ini hanya boleh didapati di Astro Experience Store, Astro Exclusive Partners dan  Kiosk Premium Astro terpilih sementara stok masih ada. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi antara yang pertama memilikinya. Layari laman rasmi ASTRO untuk mengetahui lokasi-lokasi tertentu untuk mendapatkan router eksklusif  ini. 

Penafian: Advertorial dari Astro



Source link