Malaysia Oversight

Rode Wireless Micro Dikemaskini Untuk Menyokong Kamera Digital

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Rode Wireless Micro Dikemaskini Untuk Menyokong Kamera Digital


Rode Wireless Micro Dikemaskini Untuk Menyokong Kamera Digital

October 30, 2025
Audio

Effi Saharudin

Rode Wireless Micro dilancarkan November tahun lalu sebagai mikrofon mereka yang paling kompak tetapi hanya boleh digunakan dengan telefon pintar USB-C. Hari ini Wireless Micro Camera Kit dilancarkan dengan sebuah penerima isyarat radio yang akhirnya membolehkan ia digunakan pada kamera digital.

Wireless Micro Camera Kit B

Penerima disambungkan kepada kamera menggunakan cold shoe dengan audio pula menerusi kebel 3.5mm TRS atau USB-C . Ia dilengkapi skrin 1.1 AMOLED sesentuh memudahkan tetapan mikrofon diubah dengan pentas.

Wireless Micro Camera Kit A

Setiap kit hadir dengan dua mikrofon dengan setiap satu boleh beroperasi sehingga 7 jam dengan sekali caj atau sehingga 21 jam dengan bantuan pod pengecas. Unit penerima boleh menangkap isyarat audio sehingga jarak 100 meter.

Rode Wireless Micro Camera Kit dijual pada harga $149 (~RM 625) untuk satu set dalam pilihan warna hitam sahaja.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link