Malaysia Oversight

Robot Vakum DJI ROMO Memasuki Pasaran Global

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
Robot Vakum DJI ROMO Memasuki Pasaran Global


Robot Vakum DJI ROMO Memasuki Pasaran Global

October 30, 2025
Peranti

Amy Maizuraa

DJI meluaskan penawaran robot vakum pintar DJI ROMO ke pasaran global. Ia dilengkapi teknologi daripada dron mercu DJI seperti sensor milimeter, sensor pintar, algoritma pintar serta kuasa sedutan hingga 25000 Pascal untuk pembersihan yang menyeluruh.

DJI ROMO Global 01

Selain itu, sistem pembersihan diri pintar membolehkan penyelenggaraan dilakukan secara automatik. Dengan sokongan pembelajaran mesin, ROMO mampu mengenali dan mengelakkan halangan seperti kabel pengecasan setebal 2mm atau kad permainan.

DJI ROMO Global 08

Gabungan input daripada pelbagai sensor membolehkan ROMO dinavigasi dengan lancar walaupun dalam cahaya malap.

Laluan pintar turut dirancang sebaiknya untuk mengelak setiap halangan dengan bantuan sensor bersudut luas yang mengurangkan risiko titik buta.

Tangki air 164ml terbina pula memastikan mop akan sentiasa lembap manakala pengecasan pantas 55W membolehkan bateri penuh dalam hanya 2.5 jam.

DJI ROMO Global 09

Mod pembersihan ROMO turut boleh disesuaikan termasuk mengenal pasti saiz dan lokasi permaidani untuk dikemas kini pada peta, serta mencuci mop untuk kebersihan. Dalam kawasan haiwan peliharaan, ROMO ini akan mengurangkan kelajuan putaran berus bagi mengelakkan serpihan berterbangan.

DJI ROMO Global 02
ROMO P
DJI ROMO Global 03
ROMO P

Menariknya lagi, ROMO P dilengkapi panel lutsinar pada dermaga dan robot yang memaparkan susunan komponen dalaman dengan kemas. Ia juga mempunyai ruang tambahan untuk pewangi lantai dan boleh menyembur larutan pembersih atau pewangi terus ke mop.

DJI ROMO Global 990
ROMO P

Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat rasmi mengenai penawaran DJI ROMO di pasaran Malaysia.

prnewswire

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link