Malaysia Oversight

Robot Mesin Hampagas dan Mop Lantai Dyson Spot+Scrub Ai Dilengkapi Sistem Laser

By Amanz in September 6, 2025 – Reading time 1 minute
Robot Mesin Hampagas dan Mop Lantai Dyson Spot+Scrub Ai Dilengkapi Sistem Laser


Robot Mesin Hampagas dan Mop Lantai Dyson Spot+Scrub Ai Dilengkapi Sistem Laser

September 6, 2025
Robot

Effi Saharudin

Dyson melancarkan robot mesin hampagas dan mop Dyson Spot+Scrub Ai yang bukan sahaja boleh mengosongkan ruang sampah sendiri tetapi juga dilengkapi sistem laser. Ia dilancarkan ketika acara Dyson Unveiled di Berlin.

Dyson SpotScrub Ai B

Spot+Scrub Ai mempunyai sistem laser hijau yang mengesan kehadiran sampah dan kotoran di atas lantai. Ini membantu sistem kamera melihatnya dengan lebih jelas. Sistem lampu laser ini adalah sama seperti yang digunakan pada mesin penyedut hampagas nirwayar mereka sebelum ini.

Dyson SpotScrub Ai A

Dengan sistem pengecaman kecerdasan buatan, Spot+Scrub Ai boleh mengetahui sama ada perlu menggunakan mod hampagas atau mop. Gambar permukaan lantai akan diambil sebelum dan selepas dicuci. Jika kotoran masih dikesan, Spot+Scrub Ai akan melakukan semula proses pembersihan.

Seperti produk Dyson yang lain, sampah disimpan di dalam balang yang kemudiannya dibersihkan secara automatik di dermaga merangkap tempat pengecas. Balang air juga boleh diisi di dermaga yang sama. Dyson Spot+Scrub Ai akan dijual di Australia dan UK awal tahun 2026 namun harga belum diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link