Malaysia Oversight

Robot Boston Dynamics Atlas Dilancarkan – Hyundai dan Google DeepMind Pengguna Terawal

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Robot Boston Dynamics Atlas Dilancarkan –  Hyundai dan Google DeepMind Pengguna Terawal


Robot Boston Dynamics Atlas Dilancarkan – Hyundai dan Google DeepMind Pengguna Terawal

January 6, 2026
Robot

Effi Saharudin

Selepas beberapa tahun diperlihatkan sebagai platform ujian robot humanoid, Boston Dynamic pagi ini mengumumkan pengeluaran robot Boston Dynamics Atlas versi produksi telah dimulakan. Serentak dengan pelancarannya, Atlas disahkan akan digunakan di ruang lantai kilang Hyundai untuk pengeluaran kereta dan di Google DeepMind bagi melakukan ujian. Ia kemudiannya akan digunakan pelanggan lain bermula 2027.

Boston Dynamics Atlas Production 2026

Perkongsian antara Boston Dynamics dan Google DeepMind dilakukan bagi membolehkan robot humanoid menyelesaikan pelbagai tugasan perindustrian dan dijangka menjadi penggerak transformasi pembuatan, bermula dalam industri automotif. Antara yang bakal dilakukan ialah mengintegrasikan model Gemini Robotics ke dunia sebenar.

Setiap Atlas mempunyai 56 darjah kebebasan, kemampuan melakukan putaran sepenuhnya, jangkauan sehingga ketinggian 2.3M, dan mengangkat berat sehingga 50 kg. Ia turut mempunyai kemampuan kalis air dan boleh beroperasi pada julat suhu -20° hingga 40° C. Bagi memastikan ia selamat digunakan di lantai kilang, ia mempunyai kemampuan mengesan manusia dan kawasan operasi yang dipagar.



Source link