KOTA BHARU: Kerja-kerja perobohan semua 233 pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand di negeri ini, mampu mengawal kemasukan lembu dan haiwan ternakan tanpa vaksin dari negara jiran yang berisiko membawa penyakit berjangkit seperti rabies. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, ia secara tidak langsung memastikan ancaman biosekuriti terhadap industri ternakan tempatan dapat dikawal sepenuhnya. “Negara jiran mengisytiharkan penularan rabies. Haiwan yang diseludup tanpa vaksinasi…






