KUALA LUMPUR: Penyedia permainan dalam talian popular, Roblox Corporation memberi jaminan untuk memperkukuh tahap keselamatan aplikasinya di Malaysia khususnya bagi melindungi lebih sejuta pengguna kanak-kanak dan remaja di negara ini. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, langkah itu akan dilaksanakan melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), pemantauan manusia secara berterusan serta kerjasama strategik dengan kerajaan Malaysia bagi memastikan aplikasi berkenaan selamat digunakan. “Saya telah menyuarakan kebimbangan kepada pihak Roblox,…






