Malaysia Oversight

RM11.3 bilion pelaburan dilaksana di bawah pimpinan k’jaan Madani

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 1 minute
RM11.3 bilion pelaburan dilaksana di bawah pimpinan k'jaan Madani


Sejumlah RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah dilasana di bawah pimpinan MADANI, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 11 pengilang dan telah memulakan operasi di seluruh negara.

“Ini baru sebahagian daripada syarikat yang sudah memulakan operasi. Kalau dicampur dengan kilang yang sedang dibina, lagilah banyak,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman sosial beliau.

Antara pengilang yang telah memulakan operasi termasuklah INV New Material Technology (M) Sdn Bhd di Pulau Pinang sebanyak RM3.2 bilion, Alliance Contract Manufacturing Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Kedah (RM1.5 bilion).

Selain itu, katanya Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd di (RM1.4 bilion), Dominant Opto Technologies Sdn Bhd di Melaka (RM1 bilion) dan Cosmx Technology Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang (RM921 juta).

– Bernama



Source link