Malaysia Oversight

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara

By MkiniBM in November 2, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.30 petang ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),

Kawasan terlibat di Perak meliputi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang serta Kuala Krai.

Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), (Hulu , Gombak dan Hulu Langat) serta Kuala Lumpur.

Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Kuching, Serian serta Sibu (Sibu dan Kanowit), manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

Bernama



Source link