Malaysia Oversight

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga petang ini

By TheSun in November 2, 2025 – Reading time 1 minute
spot_img


MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, , Johor serta beberapa negeri hingga 3 petang ini.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Kuala Lumpur, dan Johor serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, , Negeri Sembilan dan Sarawak hingga 3 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan dijangka terjejas di Terengganu ialah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di , cuaca buruk diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala , Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Bagi Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Betong dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah). – Bernama


Post Views: 1



Source link