Malaysia Oversight

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang

By MkiniBM in December 13, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang, yang dijangka berlaku di semua negeri sehingga 5 petang ini.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta Labuan.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, cuaca sama turut dialami (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Amaran itu turut dikeluarkan untuk (Hulu , Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis) manakala di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut kenyataan itu.

– Bernama



Source link