Malaysia Oversight

Respons menteri ke media mesti berhemah, terbuka

By MkiniBM in October 31, 2025 – Reading time 2 minute
Respons menteri ke media mesti berhemah, terbuka


Madani hari ini menegaskan pendirian bahawa mereka menghormati hak wartawan untuk mengemukakan sebarang soalan yang dirasakan wajar kepada sesiapa saja selagi ia berkait dengan tugas mereka.

Jurucakap , Fadzil, berkata isu yang tercetus semasa sidang media membabitkan seorang menteri semalam ada dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Menegaskan ia dipandang serius, berkata dia sudah berhubung dengan menteri terbabit, Nga Kor Ming, dan mendapat penjelasan daripada Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan.

“Dalam mesyuarat kabinet (hari ini) saya nyatakan bahawa pendirian sangat jelas – wartawan berhak bertanya apa jua soalan dalam mereka jalankan tugas sebagai wartawan, dan setiap jawapan atau response yang diberikan daripada menteri perlu disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, di samping saling menghormati antara media dan kerajaan,” katanya.

yang juga menteri komunikasi berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat mingguan kabinet di hari ini.

Semalam Nga dianggap mengugut seorang wartawan Utusan Malaysia yang bertanya mengapa program menarik pelancong – yang baru dirasmikannya – tidak menggunakan slogan bahasa Melayu.

Dia kemudian memberitahu ia dibuat sedemikian bagi menyesuaikannya dengan program yang disasarkan kepada pelancong dan turut dihadiri oleh orang yang tidak menguasai bahasa Melayu.

“Saya tidak mahu anda datang ke sini dan mengetengahkan sesuatu yang akan merosakkan keseluruhan perkara. Saya akan menghubungi ketua-ketua editor anda,” katanya.

Ia mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk kesatuan wartawan.

Nga sejak itu mempertahankan tindakannya dengan membuat penegasan di platform X. Antara lain dia sempat menyatakan rasa kesal terhadap pihak tertentu – yang tidak dinamakan – kerana cuba “menangguk di air keruh.”

Ditanya apakan penjelasan yang diberikan oleh Nga kepadanya, Fahmi berkata, dia menyerahkan kepada menteri terbabit serta pasukan medianya untuk memberikan respons.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga memberitahu, tiada arahan khusus dikeluarkan oleh kabinet berhubung larangan seseorang menteri menghubungi pengarang media.

“Tetapi saya samapaikan pandangan dalam mesyuarat kabinet (tadi), saya nyatakan pendirian dan tegaskan bahawa perdana menteri sendiri terbuka menerima sebarang soalan, dan kerajaan berpendirian yang wartawan berhak bertanya apa jua soalan,” katanya lagi.

Ditanya sama ada dia berpendapat menteri terbabit perlu meminta maaf atau tidak, Fahmi berkata: “Pandangan saya, kita patut belajar daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini, dan ada ruang untuk bertemu dengan Utusan sendiri dan sampaikan mesej beliau. Beliau telah maklumkan akan bertemu pihak pengurusan untuk cuba jernihkan keadaan.”





Source link