Malaysia Oversight

Replit Kini Dinilaikan $3 Bilion – Satu Lagi Perkhidmatan Memfokuskan Sempoicara

By Amanz in September 11, 2025 – Reading time 1 minute
Replit Kini Dinilaikan $3 Bilion – Satu Lagi Perkhidmatan Memfokuskan Sempoicara


Replit Kini Dinilaikan $3 Bilion – Satu Lagi Perkhidmatan Memfokuskan Sempoicara

September 11, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Replit, salah satu perkhidmatan memfokuskan sempoicara (vibe-coding), kini telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $250 juta. Melalui suntikan dana baharu ini, ia sekaligus menilaikan syarikat sempoicara berkenaan pada nilai $3 bilion.

Kali terakhir Replit meraih suntikan dana adalah pada 2023, berbeza dengan pelbagai syarikat AI yang meraih suntikan dana pelaburan hampir beberapa bulan sekali.

Replit Workspace

Replit memudahkan pengguna membangunkan prototaip aplikasi dengan hanya input berasaskan arahan teks. Pengguna turut boleh memuatkan rekaan daripada Figma, dan turut menekankan kepada aspek keselamatan dan sekuriti melalui penggunaannya.

Suntikan pelaburan baharu ini disertai beberapa pihak, termasuk Google AI Futures Fund. Dana pelaburan ini dijangka digunakan dalam terus memperkembangkan syarikat dan memperluaskan penawaran mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link