Malaysia Oversight

Remaja perempuan hilang di Ketereh ditemui selamat

By TheSun in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Remaja perempuan hilang di Ketereh ditemui selamat


KOTA BHARU: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat.

Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima maklumat tersebut daripada ahli keluarga gadis berkenaan.

“IPD Kota Bharu menerima makluman daripada ahli keluarga bahawa remaja terbabit telah ditemui semula dan dalam keadaan baik,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menerima maklumat tentang penemuan semula remaja tersebut pada pukul 10.12 malam semalam. – Bernama



Source link