Rekaan Samsung Galaxy S26 Plus Tertiris Dengan Elemen Mirip Z Fold7
Effi Saharudin
Samsung Galaxy S26 Plus dipercayai dibangunkan pada saat akhir menggantikan Galaxy S26 Edge yang dilaporkan dibatalkan kerana sambutan ke atas Galaxy S25 Edge yang mengecewakan. Hari ini rekaan peranti yang didakwa ialah Galaxy S26 Plus tertiris menerusi laman Android Headines.

Rekaan hadapan tidak berbeza dengan rekaan Galaxy S25 Plus. Perubahan hanya dapat dilihat pada bahagian belakang. Trikamer utama diletakkan dalam bonggol yang sama seperti yang digunakan pada Galaxy Z Fold7 beberapa bulan yang lalu. Sistem trikamera ini walau bagaimanapun dikhabarkan sama seperti model tahun ini.
Satu lagu perubahan yang rasakan menarik ialah S26 Plus adalah lebih tebal. Ini petanda awal peranti mungkin ditawarkan dengan peranti bersaiz lebih besar. Kerana perubahan saat akhir, siri Galaxy S26 mungkin dilancarkan sedikit lebih lewat berbanding penghujung Januari seperti kebiasaannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






