Malaysia Oversight

Redmi Note 15 Pro, Note 15 Pro 5G dan 15 Pro+ Edisi Global Dilancarkan

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 2 minute
Redmi Note 15 Pro, Note 15 Pro 5G dan 15 Pro+ Edisi Global Dilancarkan


secara rasminya melancarkan siri  Note 15  ke peringkat global semalam selepas ia dilancarkan di pada Ogos lalu. Tiga model berbeza iaitu  Note 15 Pro+Redmi Note 15 Pro, dan Redmi Note 15 Pro 5G. Ketiga-tiganya tampil dengan spesifikasi menarik dengan penekanan terhadap pengalaman penggunaan yang dipertingkatkan. Versi global ditawarkan dengan beberapa perubahan spesifikasi berbanding versi .

Redmi Note 15 Pro A

Redmi Note15 Pro+ ialah model paling mercu menggunakan skrin 6.83-inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan Gorilla Glass Victus 2. Ia turut menyokong pelbagai teknologi paparan seperti HDR10+, Dolby Vision dan PWM 3840Hz untuk pengalaman paparan yang selesa.

Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 512GB UFS 2.2. Dwi kamera utama dengan lensa sudut lebar 200MP (OIS) dan ultra lebar 8MP yang dipadankan dengan kamera swafoto 32MP. Ini adalah berbeza dengan tri kamera 50+8+50 MP pada model .

Peranti dibekalkan bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W, di samping melepasi sehingga empat penarafan IP69K, IP69, IP68 dan IP66. Bateri lebih kecil berbanding 7000 mAh pada model China yang sekadar menyokong pengecasan 90W.

Redmi Note 15 Pro 5G A

Seterusnya, Redmi Note 15 Pro 5G hadir dengan cip skrin 6.83″ AMOLED 120Hz dengan sokongan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7400-Ultra, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 6580 mAh dengan pengecasan 45W.

Dwi kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP (OIS) dan lensa ultra lebar 8MP dengan kamera hadapan sebesar 20MP. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dengan sokongan audio Dolby Atmos serta fungsi NFC.

Redmi Note 15 Pro A 1

Akhir sekali ialah Redmi Note 15 Pro hadir dengan cip skrin 6.77″ AMOLED 120Hz yang dipadankan dengan cip Helio G200 Ultra, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB UFS 2.2 dan bateri sebesar 6500 mAh dengan pengecasan 45W.

Dwi kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP (OIS) dan lensa ultra lebar 8MP dengan kamera hadapan sebesar 32MP. Ia juga turut dilengkapi pembesar suara stereo dengan sokongan audio Dolby Atmos serta fungsi NFC. Ketiga-tiga peranti masih lagi menggunakan HyperOS 12 yang berasaskan Android 15 yang kami rasakan mengecewakan. Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.

Redmi Note 15 Pro+

  • 8GB + 256GB = €500 (~RM 2394)
  • 12GB + 512GB = €550(~RM 2634)

Redmi Note 15 Pro 5G

  • 8GB + 256GB = €399 (~RM 1911)
  • 8GB + 512GB = €429 (~RM 2054)
  • 12GB + 512GB = €450 (~RM 2155)

Redmi Note 15 Pro

  • 8GB + 256GB = €349 (~RM 1671)
  • 12GB + 512GB = €400(~RM 1915)



Source link