Malaysia Oversight

Redmi 15C Kini Di Malaysia Dengan Bateri 6000mAh, Pada Harga Bermula RM449

By Amanz in September 9, 2025 – Reading time 1 minute
Redmi 15C Kini Di Malaysia Dengan Bateri 6000mAh, Pada Harga Bermula RM449


15C Kini Di Malaysia Dengan Bateri 6000mAh, Pada Harga Bermula RM449

September 9, 2025
Xiaomi

Aman

Xiaomi kini membawa masuk satu lagi peranti berspesifikasi asas, iaitu 15C. Di Malaysia ia ditawarkan bermula hari ini, pada harga bermula RM449 untuk versi 6GB RAM, dan RM599 untuk versi 8GB RAM.

Redmi 15C KSP 4 1200x1200

15C hadir dengan skrin 6.9-inci, dikuasakan dengan cip Media Tek Helio G81-Ultra, menawarkan storan berasaskan eMMC 5.1m selain memori berasaskan teknologi LPDDR4X. Melengkapkan telefon ini adalah bateri 6000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecas 33W.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 50-megapixel yang dipadankan bersama sensor kedalaman 2-megapixel. Untuk swafoto, ia menggunakan kamera 8-megapixel. Ia dilengkapi sokongan kalis air dan debu IP64.

Redmi 15C

Telefon pintar ini turut menyertakan bicu audio 3.5mm, port USB-C, dan sokongan radio FM – antara ciri yang sudah jarang dilihat pada peranti masa kini. Tidak ketinggalan juga sokongan dwi-SIM melalui Redmi 15C.

Di Malaysia, Redmi 15C boleh didapati pada harga RM449 untuk model 6GB RAM + 128GB storan, dan RM599 untuk model 8GB RAM + 256GB storan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link