Malaysia Oversight

RedMagic 11 Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada 10 November – Harga Bermula RM 3999

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 2 minute
RedMagic 11 Pro Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dilancarkan Ke Pasaran Global


RedMagic 11 Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada 10 November – Harga Bermula RM 3999

November 6, 2025
Nubia

Effi Saharudin

RedMagic 11 Pro kini disahkan akan mula dijual di Malaysia pada 10 November ini dengan ia adalah telefon pintar pertama di pasaran dengan sistem penyejukan cecair seakan sebuah komputer gaming. Pelancarannya akan menjadikannya telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Redmagic 11 Pro A

Sistem penyejukan cecair RedMagic 11 Pro dapat dilihat dengan jelas pada panel belakang. Cecair ini akan bergerak apabila sedang aktif dengan ia dipadankan dengan plat penyejukan kebuk asap terbesar pernah digunakan pada telefon pintar yang dipadankan pula dengan bahan logam-cecair bagi meningkatkan kecekapan menyerap haba.

Peranti dilengkapi skrin 6.85-inch OLED BOE X10 dengan kadar segar semula 144Hz dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sehingga 24GB LPDDR5T RAM, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 7500mAh. Bateri menyokong pengecasan 120W berwayar dan 80W secara nirwayar.

REDMAGIC 11 Pro A

Kamera utama pula ialah lensa sudut lebar 50MP 1/1.55″ f/1.88 dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 50MP f/2.2 aperture. Di hadapan pula kamera swafoto 15MP disertakan. Peranti mempunyai sistem imbasan cap jari bawah skrin ultrasonik, speaker stereo, bicu audio 3.5mm. pemancar infra merah dan kemampuan kalis air IPX8. Sistem operasi yang digunakan ialah Redmagic OS 11 berasaskan Android 16.

REDMAGIC 11 Pro B

Harga jualan di Malaysia adalah seperti di bawah dengan potongan harga RM1000 diberikan kepada pembeli terawal.

Model Harga Asal Harga Promosi
RedMagic 11 Pro (12/256 GB) RM 4,399 RM 3,399
RedMagic 11 Pro (16/512 GB) RM 4,999 RM 3,999
RedMagic 11 Pro (24/1000 GB) RM 5,999 RM 4,999
Redmagic 11 Pro A 1

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link