RedMagic 11 Air Akan Dibekalkan Dengan Bateri 7000mAh
Amy Maizuraa
Gabungan antara peranti nipis dan bateri besar biasanya memerlukan pengeluar berkompromi antara kedua-duanya. Dengan kata lain, mereka perlu memilih sama ada mahu mengekalkan tubuh yang nipis atau menyediakan bateri besar. Namun begitu, hal ini tidak berlaku bagi Nubia melalui model terbaharu RedMagic 11 Air.

Peranti akan dibekalkan dengan bateri 7000mAh iaitu peningkatan berbanding model terdahulu. Peranti ini juga akan menyokong pengecasan pantas 120W di mana peningkatan daripada sokongan 80W pada generasi sebelum berdasarkan maklumat tertiris. Dengan teknologi ‘All-Scenario bypass Charging’. Nubia mendakwa prestasi permainan tidak akan berkurangan walaupun peranti sedang dicas.

Nubia turut menyatakan bahawa cip Snapdragon 8 Elite pada model ‘Air’ mampu mengatasi Dimensity 9500. Namun, penegasan tersebut dibuat dari segi kestabilan dan bukanlah prestasi keseluruhan. Nubia juga pernah mendedahkan purata FPS daripada permua yang dijalankan pada peranti dan ia menjanjikan pengalaman gaming cukup baik.
Salah satu imej promosi turut menekankan sokongan pelagak permainan PC di mana Nubia mendakwa fungsi terbina ini membolehkan pengguna menukar telefon kepada konsol mudah alih hanya dengan satu klik.





