Malaysia Oversight

Realme Umum Tarikh Pelancaran Rasmi Untuk Siri GT8

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Umum Tarikh Pelancaran Rasmi Untuk Siri GT8


Realme Umum Tarikh Pelancaran Rasmi Untuk Siri GT8

October 15, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk telefon mercu terbaharu mereka Realme GT8, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober 2025 di . Pelancaran global dijangka menyusul tidak lama selepas itu. Oktober kini dilihat sebagai bulan yang penuh dengan pelancaran peranti mercu daripada pelbagai jenama lantas menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Realme Umum Tarikh Pelancaran Rasmi Untuk GT8 01

Menariknya, pengumuman hadir selepas Realme mengesahkan kerjasama dengan Ricoh Imaging yang akan diperkenalkan buat pertama kali menerusi GT8. Hasil kerjasama ini, GT8 Pro akan menampilkan lima profil warna khas yang diinspirasikan daripada kamera Ricoh GR iaitu Positive Film, Negative Film, High Contrast Black & White, Standard, dan Black & White.

Realme Ricoh Camera 1

Untuk spesifikasi, peranti akan dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang sepatutnya menjanjikan prestasi sebaiknya. Realme turut mengesahkan bahawa GT8 akan memasuki pasaran Malaysia namun tarikh pelancarannya di peringkat tempatan akan diumumkan kemudian.

realme GT 8 Pro MY 1

Dari segi rekaan pula, GT8 dijangka tampil dengan rekaan berkotak dan berbeza daripada rekaan melengkung pada GT7. Perubahan ini selari dengan trend semasa industri di mana ramai pengeluar mula beralih kepada rekaan yang sebegini. Maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh dan ciri-ciri tambahan hanya akan didedahkan pada hari pelancaran rasmi kelak.

Weibo

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link