Malaysia Oversight

Realme P4 Power Akan Dilengkapi Bateri 10,001 mAh

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Realme P4 Power Akan Dilengkapi Bateri 10,001 mAh


Seperti yang telah kami ramalkan pada penghujung 2025, 2026 akan menjadi tahun peranti dengan bateri lima digit akan menjadi norma baharu. Pada 29 Januari depan, Realme P4 Power akan dilancarkan di India dengan ia akan dilengkapi bateri sebesar 10,001 mAh.

Realme P4 Power A

Rekaan peranti dengan skrin 6.78-inch AMOLED 144Hz ini juga telah diperlihatkan dengan ia masih bertubuh nipis. Tidak diketahui apakah kelajuan pengecasan yang akan disokong serta spesifikasi lain seperti pemproses dan kamera. Ciri lain yang disahkan adalah sokongan 3 versi Android dan tampalan sekuriti sehingga 4 tahun.

Sebelum ini Realm sekadar menghasilkan sebuah peranti konsep degan bateri 10,000 mAh. Di Honor Win dan Honor Power 2 adalah dua peranti terawal dilancarkan secara rasmi dengan bateri melangkaui 10,000 mAh.



Source link