Tahun 2025 ialah tahun konsol PC mudah alih membanjiri pasaran dengan pelbagai permainan video grafik tinggi kini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Di iOS, sokongan permainan tahap AAA PC sudah lebih dua tahu ditawarkan dengan di Android kami diberitahu ia akan tiba tetapi ia masih sekadar janji.
Realme Neo 8 yang akan dilancarkan pada 22 Januari depan akan akhirnya merealisasikan impian ini dengan ciri PC Handheld Gaming Mode. Maklumat jelas mengenai mod ini masih belum diketahui tetapi imej acah memberikan gambar pengguna boleh mengakses gedung Steam dan kemudian permainan dipasang sebelum dijalankan pada Neo 8.

Realme turut berkata lebih 50 judul permainan PC popular telah disahkan boleh dimainkan pada Neo 8. Antara nama besar yang disebut termasuklah Hollow Knight: Silksong, Dave the Diver, dan Tomb Raider. Permainan masih boleh dijalankan pada peranti gaming ini walaupun tanpa sambungan internet. Antara aksesori yang akan ditawarkan ialah alat kawalan fizikal.
Dari segi spesifikasi, Realme Neo 8 akan dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED 165Hz, dijana cip pemprosesan terkini Snapdragon 8 Gen 5, memori sehingga 24GB RAM LPDDR5x, storan pantas 1TB UFS 4.1 dan bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Kamera sudut lebar 50MP dipadankan dengan lensa ultra lebar 8MP, lensa telefoto 50MP serta kamera swafoto 16MP.
.





