Malaysia Oversight

Realme Mengacah Telefon Pintar Baharu Dengan Bateri Berkapasiti 15,000mAh

By Amanz in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Mengacah Telefon Pintar Baharu Dengan Bateri Berkapasiti 15,000mAh


Realme Mengacah Telefon Pintar Baharu Dengan Bateri Berkapasiti 15,000mAh

August 25, 2025
Lain-lain
Peranti
Realme

Amy Maizuraa

Realme mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan peranti baharu yang dilengkapi dengan bateri besar melebihi 10,000mAh. Berdasarkan imej terbaharu yang dikongsikan oleh syarikat itu, peranti tersebut disahkan akan hadir dengan bateri sebesar 15,000mAh lalu menjadikannya antara telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar pernah diumumkan.

Realme 150000 01

Pelancaran global peranti ini dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos 2025 namun ia dijangka merupakan sebuah telefon pintar konsep yang masih belum tersedia untuk pasaran pengguna dalam masa terdekat. Meskipun memiliki bateri yang besar, rekaan peranti ini kelihatan tidak setebal produk yang biasanya hadir dengan bateri berkapasiti besar.

Realme GT7 A 1
Realme GT7 Global

Peranti dijangka menggunakan teknologi anod silikon yang diperkenalkan oleh Realme pada awal tahun lalu. Ia mampu meningkatkan ketumpatan tenaga serta kecekapan prestasi bateri secara keseluruhan. Sebagai rujukan, model Realme GT7 di hadir dengan bateri 7,200mAh yang menjadikannya peranti dengan bateri terbesar pernah ditawarkan oleh Realme setakat ini.

Realme 150000 02

Melalui imej promosi yang dikongsikan, tulisan ‘15,000mAh’ jelas terpampang pada bahagian belakang peranti. Realme menyatakan bahawa bateri berkapasiti tinggi ini mampu menyokong sehingga 50 jam tontonan video berterusan dan memberikan penggunaan melebihi 5 hari dengan pengecasan penuh. Pelancaran peranti ini dijangka menjadi penanda aras baharu dalam industri telefon pintar global.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link