Malaysia Oversight

Realme GT 8 Pro Dream Edition Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4699

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Realme GT 8 Pro Dream Edition Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4699


Realme GT 8 Pro Dream Edition Dijual Di Malaysia Pada Harga RM4699

November 24, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme GT 8 Pro Dream Edition turut dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Model ini meneruskan edisi terhad realme yang diinspirasikan oleh elemen British Motorsport sambil menawarkan prestasi yang dipertingkatkan untuk para pengguna.

IMG 5070
IMG 5068

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM4699. Setiap pratempahan akan disertakan dengan hadiah bernilai sehingga RM998, termasuk rebat tunai RM220, realme Watch 5, jaminan tambahan selama satu tahun, serta tawaran PWP untuk realme Buds Clip pada harga RM299. Selain itu, pelanggan berminat boleh mengunjungi mana-mana realme Brand Store berhampiran untuk membuat tempahan.

IMG 5069
IMG 5099

Peranti ini hadir dengan kemasan serba hijau yang dipadankan dengan tekstur gentian karbon serta logo perak sama seperti generasi sebelumnya. Dari segi perkakasan dalaman, tiada perubahan besar diperkenalkan namun terdapat kemas kini pada pilihan gambar latar dan ikon bertema. Pada masa sama, kotak edisi terhad turut disertakan lengkap dengan pencungkil SIM, kerangka silikon dan beberapa aksesori tambahan lain. 

IMG 5141
IMG 5142

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link