Realme GT 8 Pro Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia
Amy Maizuraa
Realme kini mengesahkan kehadiran model GT 8 Pro di pasaran Malaysia namun tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan. Peranti ini bakal dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite 5 yang menjadikannya antara telefon Android paling berkuasa setakat ini. Realme turut menyatakan bahawa GT 8 Pro mungkin menjadi peranti pertama di Malaysia yang menggunakan cip tersebut sama seperti pendahulunya tahun lalu.

GT 8 Pro akan dilengkapi cip Hyper Vision+ AI dan teknologi GT BOOST 3.0 bagi menyokong prestasi permainan yang lebih lancar. Realme menyatakan peranti ini mampu menjalankan dua permua berat seperti PUBG dan Genshin Impact secara serentak pada kadar bingkai tinggi selama satu jam. Walau bagaimanapun, spesifikasi penuh masih belum didedahkan setakat ini.
Naib Presiden realme bagaimanapun pernah berkongsi bahawa peranti akan dilengkapi dengan skrin beresolusi 2K dan kamera telefoto periskop 200MP. GT 8 Pro juga dijangka hadir dengan rekaan lebih menonjol bersama bonggola kamera yang direka semula.

Dalam perkembangan lain, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 turut diperkenalkan secara rasmi pada hari ini dengan peningkatan lebih baik melalui penggunaan CPU Oryon Gen 3 dan sokongan Unreal Engine 5.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






