Realme GT 8 Pro Bakal Tiba Di Malaysia Pada 24 November 2025
Amy Maizuraa
Sejak beberapa minggu ini, pasaran Malaysia telah dibanjiri dengan pelbagai telefon berkelas mercu baharu. Mengikuti perkembangan tersebut, realme turut mengumumkan kehadiran model terbaharu mereka iaitu realme GT 8 Pro yang dijadualkan dilancarkan pada 24 November 2025.

Dalam masa yang sama, realme juga telah membuka pratempahan awal untuk siri ini, yang merangkumi dua versi iaitu GT 8 Pro standard dan GT 8 Pro Dream Edition. Tempoh pratempahan awal bermula hari ini sehingga 28 November dan pelanggan awal berpeluang menerima hadiah eksklusif bernilai RM1197.

Tawaran ini merangkumi rebat tunai sebanyak RM200, realme Watch 5, set pelindung kamera boleh tanggal untuk model standard, promosi pembelian dengan pembelian (PWP) bagi realme Buds Clip serta jaminan lanjutan selama satu tahun.
Mereka yang berminat boleh membuat tempahan di mana-mana realme Brand Store terdekat dengan bayaran deposit sebanyak RM50.

Meskipun spesifikasi rasmi untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan namun peranti ini dijangka mengekalkan kebanyakan ciri seperti versi China.
Antara spesifikasi utama yang diketengahkan termasuk paparan AMOLED 2K 6.79″ dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 7000 nits.
Selain itu, peranti turut akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bonggol kamera yang boleh ditukar ganti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






