Malaysia Oversight

Realme Buds Air7 Pro Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri 48 Jam

By Amanz in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Buds Air7 Pro Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri 48 Jam


Realme Buds Air7 Pro telah dilancarkan dengan peningkatan yang menarik. Ia mempunyai pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 53db untuk pengalaman audio tanpa gangguan. Ia juga menyokong Hi-Res Audio dengan codec LHDC 5.0 untuk kejelasan bunyi lebih baik. Untuk sambungan, ia menyokong Swift Pair dengan peranti Windows, serta sambungan berbilang peranti dan mod kependaman rendah 45ms.

Realme Buds Air7 Pro 1 1

Sepasang pemandu audio bersaiz 11m bersama tweeter mikro-planar 6mm turut digunakan. Tambatan pantas pula boleh dibuat melalui Bluetooth 5.4 dengan sokongan sambungan dwi-peranti serentak. Terdapat juga ciri berasaskan AI disokong seperti AI simultaneous Interpretation, Real-time Dialogue translation dan sokongan 32 bahasa asing. Bateri pula boleh bertahan sehingga 48 jam dengan bantuan pod pengecas.

Realme Buds Air7 Pro 3

Keseluruhan tubuh fon telinga ini menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan pilihan warna Quick Sand White, Blazing Red, Silver Lime dan Wind Green. Harga jualan Buds Air7 Pro ialah RMB 449(~RM 269) seunit.



Source link