Malaysia Oversight

Realme Bakal Umum Kerjasama Bersama RICOH IMAGING – GT 8 Pro Jadi Peranti Pertama

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Bakal Umum Kerjasama Bersama RICOH IMAGING – GT 8 Pro Jadi Peranti Pertama


Realme Bakal Umum Kerjasama Bersama RICOH IMAGING – GT 8 Pro Jadi Peranti Pertama

October 9, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme bakal mengumumkan kerjasama strategik jangka panjang bersama RICOH IMAGING dalam teknologi pengimejan telefon pintar. Kerjasama ini akan diumumkan secara rasmi pada 14 Oktober di Beijing dan buat pertama kali diperkenalkan menerusi siri realme GT 8 Pro.

realme RICOH 001

Kerjasama ini dibangunkan selama empat tahun dan dianggap antara yang paling menyeluruh dalam pengimejan mudah alih terutama fotografi jalanan. Menurut Naib Presiden realme, ia tercetus daripada keinginan pengguna muda masa kini yang mahukan imej lebih semula jadi. Mereka juga lebih suka menampilkan gaya unik sendiri bukannya menghasilkan gambar yang kelihatan sama seperti orang lain.

Realme GT7 A 1
Gambar sekadar hiasan – realme GT 7

RICOH GR dikenali sebagai kamera ikonik dengan kualiti imej yang tajam dan prestasi baik dalam fotografi jalanan. Menurut Kazunobu Saiki, Pengurus Besar RICOH IMAGING, kedua-dua jenama ini menyasarkan pengguna muda yang kretif serta berhasrat membawa budaya fotografi jalanan ke tahap lebih baik.

GT 8 Pro akan hadir dengan ciri khas hasil kerjasama R&D realme dan RICOH GR termasuk inovasi dalam algoritma warna, tona imej dan antara muka yang menyerupai kamera GR. Ia turut menggabungkan warisan 30 tahun RICOH GR dengan kepakaran realme bagi menawarkan pengalaman fotografi yang lebih menarik.

realme global

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link