Malaysia Oversight

Realme 15T Dengan Bateri 7000mAh Bakal Tiba Di Malaysia Pada 30 Oktober 2025

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
Realme 15T Dengan Bateri 7000mAh Bakal Tiba Di Malaysia Pada 30 Oktober 2025


Realme 15T Dengan Bateri 7000mAh Bakal Tiba Di Malaysia Pada 30 Oktober 2025

October 27, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Realme 15T bakal dilancarkan di Malaysia sebagai satu lagi peranti dengan bateri besar 7000mAh. Ia turut ditawarkan sebagai peranti kelas pertengahan yang dijangka lebih mampu milik berbanding dua model sebelumnya. Selain itu, spesifikasi penuh peranti juga mula disenaraikan di laman web rasmi.

realme 15T 001 edited

Peranti menggunakan skrin AMOLED 6.57 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip Dimensity 6400 Max bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB. Selain itu, peranti ini menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15 lengkap dengan pelbagai ciri AI yang memudahkan pengalaman harian pengguna.

Sistem kamera dilengkapi dengan sensor 50MP di bahagian belakang dan hadapan. Ia turut menyertakan ciri AI Edit Genie seperti yang diperkenalkan pada model sebelumnya bersama penambahan ‘New Portrait Filters untuk hasil gambar yang lebih menarik.

pc 7000 bg edited

Peranti juga hadir dengan bateri sebesar 7000mAh yang menyokong pengecasan 60W serta teknologi ‘bypass charging’ yang kini menjadi trend dalam kalangan pengeluar peranti. Harga jualan peranti ini bagaimanapun masih menjadi tanda tanya sehingga tarikh pelancaran rasminya tiba.

realme

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link