Malaysia Oversight

realme 15 Pro – Sentuhan Magis Dalam Setiap Gambar

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 4 minute
realme 15 Pro – Sentuhan Magis Dalam Setiap Gambar


Hari ini, kebanyakan telefon pintar hadir dengan ciri kecerdasan buatan (AI) sebagai nilai tambah yang menarik. Setiap jenama berlumba-lumba menawarkan pengalaman yang bukan sahaja canggih tetapi juga menyeronokkan untuk pengguna setia. realme turut tampil dengan inovasi tersendiri melalui model terbaru mereka realme 15 Pro.

Realme 15 Pro Edited 8

Seperti generasi sebelumnya, telefon ini mengekalkan fokus terhadap sistem kamera yang berkualiti tinggi. Namun, kamera realme 15 Pro bukan sekadar untuk merakam gambar biasa. Ia direka khas untuk membantu pengguna menghasilkan gambar dan video yang lebih kreatif dan penuh ekspresi. 


Arahan Jadi Realiti Dengan AI Edit Genie 

Realme 15 Pro Edited 13 1

Tahun ini realme memperkenalkan satu ciri pintar menarik berasaskan kecerdasan buatan iaitu AI Edit Genie. Teknologi ini direka untuk memudahkan pengguna menghasilkan rakaman yang lebih kreatif tanpa perlu melalui proses suntingan yang rumit atau menggunakan aplikasi tambahan. Dengan sokongan AI Edit Genie setiap gambar menjadi lebih menarik sama ada untuk potret, rakaman suasana atau momen istimewa seperti sambutan ulang tahun.

Before 01 side

Hanya dengan beberapa arahan ringkas, AI akan menyunting dan menambah elemen menarik mengikut kehendak anda. Apa yang menjadikan AI Edit Genie ini istimewa tentulah kemampuannya memahami arahan pengguna secara langsung. Sebagai contoh, jika anda menaip arahan seperti ‘Tambahkan kucing dalam gambar ini’ atau ‘Tukar latar belakang ini menjadi di pantai’ kemudian AI akan menjana dan menyusun semula gambar tersebut secara automatik mengikut kehendak anda.

Before 02 side

Proses ini berlaku dengan pantas tanpa memerlukan sebarang kemahiran suntingan atau penggunaan aplikasi tambahan. Jika anda mahu lebih mudah anda juga boleh menggunakan arahan suara kerana ciri ini menyokong kawalan suara. Lebih menarik AI Edit Genie turut menyokong Bahasa Melayu yang membolehkan pengguna memberi arahan dalam bahasa yang mereka selesa. Ini menjadikan pengalaman menggunakan realme 15 Pro lebih lancar dan mesra pengguna tanpa halangan bahasa.


Meriahkan Rakaman Imej Dengan AI Party Mode

Realme 15 Pro Edited 14

realme juga menggelarkan telefon ini sebagai AI Party Ultimate Phone. Kenapa agaknya? Sebab telefon ini dilengkapi dengan ciri khas yang direka untuk menjadikan rakaman momen sosial lebih meriah dan penuh warna. Telefon ini hadir dengan AI Party Mode iaitu satu fungsi yang membolehkan pengguna merakam detik istimewa seperti sambutan hari lahir, konsert dan sewaktu dengannya dengan lebih kreatif. 

IMG 20250912 091917
IMG 20250912 093316

Melalui mod ini, rakaman potret kelihatan lebih hidup dan jelas, dengan penekanan pada seri wajah agar nampak semula jadi dan berseri. Pengguna juga boleh menambah kesan tambahan menarik seperti corak cinta, kilauan bunga api dan bingkai khas yang disesuaikan mengikut tema acara.

IMG 20250912 092114
IMG 20250912 092049

Lebih menarik, AI Party Mode turut menawarkan pilihan rakaman seperti Stage untuk pencahayaan pentas yang dramatik dan Silhouette bagi menonjolkan bayangan serta objek gelap dalam suasana redup dengan latar cahaya semula jadi. Setiap mod ini direka untuk menyerlahkan suasana tersendiri dan menjadikan rakaman lebih penuh identiti.

IMG 20250912 091834
IMG 20250917 232506

Rakaman Imej Automatik Lebih Cantik Dengan AI Landscape

Realme 15 Pro Edited 15

Tahu apa yang lebih menyeronokkan ialah AI Landscape yang turut hadir dalam model baharu ini. Ciri ini sangat menarik kerana ia mampu menyerlahkan warna asal dalam rakaman gambar agar kelihatan lebih bermaya terutamanya warna seperti merah, kuning, biru, hitam dan hijau.

AI Landscape 03
Normal 02
IMG 20250917 232249

Teknologi ini menggunakan AI untuk mengenal pasti paparan utama dalam gambar dan secara automatik meningkatkan kontras serta ketepuan warna bagi menghasilkan rakaman imej yang lebih memukau. Sama ada anda merakam pemandangan bangunan atau suasana kesibukan kota, AI Landscape akan memastikan setiap rakaman kelihatan lebih hidup dan memikat.


Silauan Bukan Masalah Lagi Dengan AI Glare Remover

Mengambil gambar memang menyeronokkan tetapi ada waktunya rakaman yang cantik boleh terganggu dengan masalah silauan cahaya (Glare). Cahaya lampu yang berlebihan terutama pada waktu malam boleh menyebabkan gambar kelihatan kurang selesa untuk dilihat dan hilang tarikannya. realme memahami cabaran ini dan memperkenalkan satu penyelesaian pintar melalui AI Glare Remover

IMG 20250912 082612 side

Ciri ini direka khas untuk menghilangkan kesan silauan secara automatik agar rakaman imej malam kekal jelas dan menarik. AI Glare Remover bukan fungsi suntingan biasa kerana ia berbeza daripada AI Remove Reflection. Fokus utamanya adalah untuk mengurangkan gangguan cahaya dalam gambar yang diambil dalam suasana pencahayaan ekstrem. Dengan teknologi ini gambar anda bukan sahaja bebas silauan tetapi juga kelihatan lebih kemas dan sedap mata memadang. 


Memori Lebih Bermakna Dengan 2K Live Photo 

2K Live Photo menambah keseronokan dalam pengalaman fotografi menggunakan telefon baharu realme ini. Dengan resolusi tinggi dan gerakan yang lancar, ciri ini memberikan rasa seolah-olah anda sedang mengimbas kembali (flashback) detik yang dirakam. Setiap gambar bukan sekadar statik tetapi bergerak untuk memberi emosi dan suasana yang terasa hidup.

Realme 15 Pro Edited 16

Bayangkan anda bertemu rakan yang sudah lama tidak berjumpa kemudian meluangkan masa bersama dan merakam imej menggunakan fungsi 2K Live Photo memang terasa menyeronokkan. Gambar yang dirakam bukan sahaja kelihatan jelas tetapi turut bergerak untuk menghidupkan semula suasana yang dirasai menjadikan setiap detik terasa lebih bermakna.


Prestasi Seimbang Untuk Pelbagai Keperluan

Realme 15 Pro Edited

Memang menarik apa yang ditawarkan oleh realme kali ini. realme 15 Pro dilihat hadir dengan gabungan teknologi dan reka bentuk yang cantik. Ia juga dilengkapi dengan tiga kamera 50MP iaitu dua di belakang dan satu di hadapan. Gambar yang diambil mestilah lebih jelas dan penuh warna. Anda juga boleh rakam video dalam kualiti 4K60FPS terus dari telefon ini.

IMG 20250917 232719
IMG 20250912 091106
IMG 20250912 090603
IMG 20250917 231740
IMG 20250917 231945
IMG 20250917 231448

Perkakasan dalaman realme 15 Pro juga tidak kurang hebatnya. Skrin AMOLED 144Hz disertakan untuk pengalaman paparan yang lancar dan responsif. Ia dikuasai dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 sesuai untuk semua jenis penggunaan harian termasuk permua dan suntingan gambar. Selain itu, bateri juga besar berkapasiti 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Bagi yang berminat, realme 15 ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1,499. Sementara itu, realme 15 Pro hadir dengan dua pilihan konfigurasi iaitu RM1,799 (12/256GB) dan RM2099 (12/512GB). Kesemua model ini boleh didapati melalui laman web rasmi realme Malaysia serta pengedar sah di seluruh negara termasuk platform e-dagang dan kedai fizikal terpilih.

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia.



Source link